Reading Any Time Anywhere​

E-Majalah Sekolah ?

Pernahkan Anda Terfikir Untuk Menjadikan Majalah Sekolah Kepada E-Majalah? Para Pembaca Boleh Membaca Melalui Peranti Digital Seperti Telefon Pintar, Komputer, IPad Dan Lain-Lain Lagi.

Sejajar Dengan Perkembangan Teknologi, Kita Semakin Biasa Dengan Bentuk Digital Dalam Kehidupan Harian. Contohnya, E-Dagang, E-Dompet, E-Buku Dan Sebagainya. Lebih-Lebih Lagi, Para Pelajar Pernah Belajar Di Rumah Secara Dalam Talian Mulai Tahun 2020. Fenomena Ini Adalah Di Luar Jangkaan Bagi Guru-Guru Besar, Guru-Guru Dan Murid-Murid. Bentuk Digital Ini Dijangka Menjadi Kebiasaan Baharu Kita Dan Akan Terus Berkembang Selepas Pelaksanaan PKP.

Contoh

Berkongsi Keriangan Dengan Ahli Keluarga dan Kawan-Kawan

Selain Kandungan Dimuat Naik Dalam Bentuk Digital, Fungsi E-Majalah Lebih Pelbagai Berbanding Dengan Majalah Biasa. Kandungan Boleh Dipersembahkan Dengan Video Dan Muzik Latar Belakang. Cara Persembahan Ini Lebih Menarik! Para Pembaca Juga Boleh Berkongsi Ke Media Sosial Seperti Facebook, Twitter Dan Linkedin. Dengan Ini, Kawan-Kawan Dan Ahli Keluarga Yang Jauh Di Tempat Lain Juga Berpeluang Membaca E-Majalah Dan Berkongsi Keriangan Anda.

Jimat Kos dan Mesra Alam

Dengan Kaedah Digital, Majalah Tidak Perlu Dicetak Dan Menjimatkan Kos Percetakan. Kertas-Kertas Juga Tidak Perlu Digunakan Untuk Percetakan. Ini Bukan Sahaja Menjimatkan Kos Malahan Mesra Alam.

Jimat Ruang Dan Mudah Disimpan

E-Majalah Lebih Mudah Disimpan Dengan Tidak Memerlukan Ruangan Fizikal Dan Tidak Mudah Rosak. Para Pembaca Boleh Membaca E-Majalah Pada Bila-Bila Masa Dan Di Mana-Mana Sahaja

Percuma

Kami menukarkan majalah anda kepada format digital secara PERCUMA* ke laman web majalahsekolah.my. Anda hanya perlu membekalkan fail PDF kepada kami.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan maklumat dan kandungan yang anda bekalkan, pereka bentuk Three A Creation yang berpengalaman akan membantu menyusun huruf majalah sekolah anda dalam bentuk digital dan muat naik ke laman web majalahsekolah.my. Selain anda sendiri, murid-murid dan guru-guru dari sekolah lain juga boleh membaca e-majalah anda. Jadi, nama sekolah anda turut dikenali oleh orang ramai.

Pemacu Pena USB

Selain memuat naik ke laman web majalahsekolah.my, kami juga menyediakan pemacu pena USB untuk anda. Semua kenangan manis dimuatkan ke dalam USB yang kecil, ini bukan sahaja memudahkan anda membawa dan membaca e-majalah anda, malahan menjimatkan kos dari segi pencetakan dan pengangkutan.

Percetakan dan fotografi

Jika anda juga suka perasaan memegang majalah dalam tangan, jangan risau, kerana kami pakar dalam percetakan dan fotografi. Kami biasa berurus dengan sekolah dan kampus. Jadi, kami tahu benar keperluan anda. Pasukan kami yang profesional dan berpengalaman akan sentiasa memahami keperluan anda untuk meningkatkan kecekapan.